Datuk Seri Abdul Halim Aman dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu
Lihat Berita
Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu lapor diri bertugas 13 may 2026
Lihat Berita
Kami Jawatankuasa Pusat PAKAR Malaysia merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Dr Rostam Bin Mustaffa, Bendahari PAKAR Malaysia yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi Jumaat 12hb Jun 2026 bersamaan 26 Zulhijjah 1447.
Semoga segala jasa, pengorbanan dan sumbangan Allahyarham sepanjang memberi khidmat kepada PAKAR Malaysia serta masyarakat diterima sebagai amal soleh yang berpanjangan. Kehilangan ini pastinya amat dirasai oleh seluruh ahli dan rakan-rakan seperjuangan di PAKAR Malaysia.
Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, meluaskan kuburnya, serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.
Buat seluruh ahli keluarga Allahyarham dan warga PAKAR Malaysia, semoga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang berat ini.
Bagi mereka Ahli-Ahli PAKAR Malaysia yang ingin menyumbang boleh melakukan demikian seperti berikut:-
Mohd Nasir Bin Abdul Hadi
CIMB 7603718383
Rujukan: Sumbangan Khairat Dr Rostam
Mohon Salinan Resit di Whatapps kepada PSUA1 di 6010-8041080 bagi rekod simpanan Sumbangan yang disalur terima akan diserahkan kepada balu Allahyarham oleh Tuan Presiden PAKAR Malaysia sendiri
Al-Fatihah.
“Daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali.”
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali.” (Surah Al-Baqarah: 156)
Lihat BeritaLawatan rasmi dan perbincangan bersama pegawai kanan PDRM berhubung kolaborasi integriti dan pematuhan.
Penyertaan dalam majlis rasmi memperingati komitmen memerangi rasuah bersama agensi dan NGO.
Delegasi PAKAR Malaysia mengadakan kunjungan hormat bagi membincangkan usaha pendidikan antirasuah bersama SPRM Negeri Terengganu dan PDRM Terengganu.
Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) telah berlangsung pada 28hb Februari 2026 di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Kuala Lumpur. Mesyuarat ini membincangkan hala tuju organisasi serta pemilihan AJK baharu bagi sesi 2026–2028.
Kaukus Antirasuah Organisasi Masyarakat Sivil (CSO) Bil. 1 Tahun 2026 telah diadakan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya bagi memperkukuhkan kerjasama antara organisasi masyarakat sivil dalam agenda pencegahan rasuah dan budaya integriti.
PAKAR bersama-sama Pengurus-Pengurus Kanan dan Pengurus-Pengurus KOSMA sektor perladangan.